Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Rabu, Februari 03, 2010
Kepala
Semua orang ada kepala. Di kepala ada rambut. Rambut akan panjang seiring dengan masa. Ada orang menganggap rambut mahkota diri. Lantara itu ia perlu di dandan rapi. Ada orang suka rambut pendek, katanya mudah diurus dan nampak kemas. Ada orang suka rambut panjang katanya menampilkan identiti. Setengah pula kata mengikut sunah, memang ada benarnya walaupun sesungguhnya Rasulullah hanya sekali berambut panjang.
Apa pun prinsip diri, rambut memang perlu dipotong. Siapa pula potong rambut kita. Kita belanjakan duit untuk perkara itu jadi kita mempunyai kuasa memilih siapa yang berhak gunting rambut kita. Kalau dahulu kerjaya tukang gunting bukan jadi pilihan. Cuma seseorang yang mempunyai kemahiran semula jadi sahaja akan berkecimpung dalam kerjaya tersebut. Sekarang manusia sudah nampak adanya kekayaan di celah celah rambut. Maka wujudlah saloon di merata tempat.
Bagi orang melayu kepala amat mulia berbanding lain lain anggota. Yang lain boleh disentuh (selain anu tu) tetapi kepala jangan. Pergaduhan boleh tercetus akibatnya. Kalau mahu menghina orang akan selalu guna kepala. Timbullah kepala batu, keras kepala dan terbaru kita lihat kepala babi dilontar ke dalam masjid. Mereka tak lontar organ kaki atau ekor babi. Golongan ini memang patut dipisahkan kepala dari badannya. Satu kumpulan lagi mereka menghina dengan mengusung kepala lembu. Kalau dah otak tidak bekerja dikepala maka jadilah kepala itu macam kepala lembu yang diusung.
Bagi golongan arab kepala tidak menjadi masalah bagi mereka. Jadi orang melayu yang berada di mekah perlu lebih bersabar jika kepala dipegang pak arab. Bukan berupa penghinaan malah salah satu cara melahirkan kasih sayang. Pendamlah sementara semangat panglima yang tersemat dijiwa sekian lama.
Dalam kepala ada otak. Otak diguna untuk berfikir soal dunia dan akhirat. Maka tidaklah sempurna fikiran orang yang mengarahkan otaknya berfikir soal dunia sahaja atau akhirat sahaja. Carilah rezki seolah olah kita akan mati seribu tahun lagi. Itulah dunia. Beramallah seolah olah kita akan mati esoknya. Itulah akhirat. Peganglah kedua duanya insyaallah selamat dunia dan akhirat. Orang yang mengejar satu asahaja daripadanya adalah orang yang gagal. Samada ia gagal didunia atau gagal di akhirat atau lebih dasyat lagi akan gagal didunia dan diakhirat. Itulah orang yang otaknya letak di kepala tetapi di kepala lutut.
Pening kepala bilamana terusan jumpa orang terlampau pandai guna kepala hingga hilang akal dalam banyak keadaan.
BalasPadamSalam YB.
BalasPadam"Entry" ini set induksinya sangat menarik.
merujuk kepada penggunaan kepala secara yang kurang teliti, dikhabarkan bahawa 90 bilion dana telah ditarik keluar dari Malaysia, katanya bersabit dengan rentetan dan kesinambungan aktiviti yang hampir serupa.
Salam Idan,
BalasPadamItu sebab org yg rasa dia pandai sering guna perkataan "pada pandangan saya......" walaupun bercanggah dgn norma kehidupan bangsa apatah lagi agama.
Salam Leenoh,
BalasPadamOrang memerhatikan kita, Allah juga tidak lepas memerhatikan kita. Seseorang boleh tipu orang pada sesuatu masa tetapi tidak boleh tipu orang sepanjang masa.