Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Isnin, Januari 04, 2010
Muzium Daerah Sabak Bernam (MDSB)
Kunjungan ke MDSB menghakhiri program cuti sekolah kami sekeluarga. Muzium yg terletak di belakang Masjid Sabak Bernam agak tenang setenang air Sungai Bernam yang mengalir bersebelahannya. Secara umumnya ia memaparkan sejarah pertanian padi di Daerah Sabak Bernam.
Sejarah pertanian getah pula dapat dilihat di ruang luar muzium dimana terdapat bangsal yang menempatkan peralatan dan keperluan dalam penghasilan getah seperti timba, takung, dulang dan tapis susu getah. Terdapat juga mesin getah yang digunakan untuk menipis supaya menjadi getah keping.
Selain itu terdapat juga Rumah Warisan yang diisi dengan barang antik yang sering terdapat pada rumah rumah lama disekitar ini seperti mesin jahit, radio,pinggan mangkuk dll. Replika rumah ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit gambaran kepada pelawat bagi menghayati suasana kampung tradisi zaman dahulu.
Muzium ini amat sesuai bagi lawatan singkat bagi pemandu pemandu yang melalui laluan Kelang ke Teluk Intan. Masuk adalah Percuma.
boleh x bg nama penuh,,sy nk msukkn ini untuk kajian method saya
BalasPadamNama saya ada di Profile Facebook di blog ni. Apapun nama sebenar Mohamad Yasin Bin Baharudin.
BalasPadam