Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Khamis, Januari 21, 2010
Masjid Idaman 2 - Tandas
Adalah makruh apabila menahan kentut dan kencing. Jadi sebab itulah di masjid atau surau tandas amat penting. Islam menitik beratkan kebersihan lebih lagi apabila mendirikan solat. Jasmani dan rohaninya mesti bersih dan suci.
Malangnya sekarang segelintir masjid dilihat seakan mengabaikan dalam pengurusan tandas. Tanggung jawab tersebut kebiasaannya diletakkan di bahu tok siak. Tok siak pula kebanyakan golongan warga tua. Tenaga dan upayanya terbatas. Bukan setakat tandas ingin dibersihkan, malah dalaman masjid yg menjadi perhatian para jemaah perlu menyenangkan mereka. Kita mahu lihat karpet tidak berpasir. Sudut dinding tiada tahi cicak. Syiling tiada sawang sawang. Tingkap tidak berhabok. Sejadah kemas tersusun. Lantai tidak berlumut. Kawasan parkir tiada sampah. Bakul sampah tidak penuh. Kalau semua ini hendak dilakukan oleh seorang tok siak, orang perak kata tumpor yop.
Tandas yang tak bersih menyebabkan pengguna tidak selesa menggunakannya. Bagaimana nak duduk di mangkuk tandas jika mangkuk itu penuh lumut dan berkarat. Ramai pengguna bertenggek diatas mangkuk tersebut untuk menyempurnakan hajat mereka. Tapi perlu ingat tindakan tersebut berbahaya seperti ini. . Kadang kala pintu tandas pun tak ada, dah jadi macam tandas banduan dalam penjara. Nak menyorok macam mana. Ada pintu tapi kunci pulak rosak. Sudahnya tahan pintu dengan gayong ataupun baldi sambil memohon agar tak ada yg tolak dari luar.
Pengguna tandas masjid pun tak mahu bekerja sama dalam aspek menjaga tandas. Lampin pakai buang bayi diletakkan merata rata. Ada yang atas sinki, atas lantai. Kalau baik sikit dimasukkan dlm tong sampah. Ada juga yang memaparkan kretiviti masing masing di dinding masjid. Dinding dijadikan whiteboard. Sudahlah tandas kotor tambah lagi dengan tulisan yang kotor kotor. Yang bijak sikit dia conteng dengan "jangan conteng dinding ini".
Sampai masanya tandas ini diurus dengan sempurna. Tanggung jawab perbersihan tandas sepenuh masa perlu diserah kepada kontrak pencuci. Cara ini dapat menjamin kebersihan tandas. Kos kontraktor boleh diambil daripada tabung masjid. Tidak guna wang masjid terkumpul banyak tetapi masjid bau busuk. Buang tabiat berlumba lumba mengumpul wang tabung masjid. Pengurusan yang baik adalah pengurusan yang pandai membelanjakan wang bukan mengumpul wang. Bayaran dikenakan untuk masuk tandas bukanlah tindakan bijak, tetapi sebarang sumbangan untuk tandas adalah sikap dipuji. Banyak masjid yang mengamalkan cara ini tanpa paksaan dengan meletakkan tabung di pintu masuk tandas.
Masjid adalah rumah Allah. Allah adalah tuhan kita. Setiap perkara berkaitan masjid menjadi tanggung jawab semua. Gunakan tandas masjid sebagaimana kita menggunakan tandas dirumah sendiri.
Yang buat kotor itu pengguna juga; Sering tergesa-gesa terkadang sampaikan tak sempat nak pam tandas. Melampau betul.
BalasPadamSemua memainkan peranan tetapi yang paling sempurna memang diupah seseorang untuk mengurusnya. Tok Siak tak seramai mana cukuplah untuk mengemas dalaman masjid sahaja.
Teknologi tandas kita pun satu hal. Orang Msia membersihkan diri dengan air tetapi kita tak buat kajian bahan apa yang sesuai bagi tandas agar ianya cepat kering. Selalunya air yang bertakung & lambat kering ini yang membuatkan kotoran cepat melekat.
Bagaimana pun aku & keluarga lebih memilih tandas di Surau atau Masjid berbanding di Pam Minyak. Sukar ditemui tandas di Pam Minyak yang bersih.
Salam Dan
BalasPadamBoleh mula fikirkan bahan apa dan teknologi apa nak guna utk tandas tu.
Rakan saya lama duduk luar negara pertikaikan tandas kita sebab dikotori oleh air! Di luar negara katanya wangi sahaja tandas mereka atas dua faktor; cuaca sana & tidak menggunakan air sebagai bahan bagi najis di anggota kita.
BalasPadamSeperkara lagi udara kita ini; panasnya basah bukan panas kering. Di Makkah biar pun panas peluh tidak berbau. Panas kering.
Rasanya bahan terbaik mestilah seiras span yang dapat menyerap air & kotoran. Samalah jika diletakkan lapik plastik yang berlubang-lubang ini terkadang dapat mengawal kotoran cumanya kena rajin disiram air.
Mesti ada bahan terbaik yang sebaiknya kita mahu prof kita yang bergaji belasan RM ini buat kajian & penyelidikan.
Dr Azni pun boleh jadikan najis untuk batu hiasan!. Rasanya masalah kecil jika dapat cipta jubin atau mangkuk tandas kalis air & kotoran.
Salam Dan
BalasPadamKena cipta mentaliti kebersihan tanggungjawab aku kat semua org.