Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Isnin, Januari 18, 2010
Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 4
Tiada paksaan dalam agama, tetapi bila sudah beragama mesti dipaksa menegakkan agama. Begitu islam menunjukkan toleransinya kepada bukan islam yang berlainan agama didunia ini. Tidak disuruh berperang atas dasar memaksa penganut lain memeluk islam namun penganut islam yang bergelar khalifah dimuka bumi ini wajib melakukan dakwah atas menyelamatkan umat dunia. Hanya islam yang dapat menjamin kemakmuran dan keharmonian bermasyarakat. Tidak lengkap sifat islam seseorang tanpa ada hablumminallah dan hablumminannas. Disamping fardhu ain, fardhu kifayah amat dituntut.
Setelah bergelar seorang islam, jiwa yang kosong dirasakan selama ini telah terasa penuh dengan kepuasan dan kebahagiaan sebenar. Tiada lain yang bermakna selain islam yang dimiliki. Betapa ngeri terasa olehnya andai kata ia mati terlebih dahulu sebelum sempat memeluk islam. Terfikir dibenaknya tidakkah rakan rakan muslim ku dahulu tidak sayang kepadaku sehinggakan mereka membiarkan aku hidup dalam kekufuran tanpa mendakwah aku bersungguh sungguh. Andai kata aku mati dalam kafir sudah pasti aku akan mengadu kepada Allah mereka tidak berdakwah kepada aku dan aku akan seret mereka semua keneraka bersama aku.
Melihat kepada situasi sekarang Ustaz Shah Kirit menyimpulkan bahawa umat islam diMalaysia ini seolah olah tidak melakukan dakwah. Beliau bertanya kepada hadirin, berapa ramaikah sahabat bukan islam kita dan berapa kali dan berapa orangkah yang telah kita sampaikan islam kepada mereka. Tidakkah kita berasa kesihan terhadap mereka di mana andaikan mereka mati dalam kafir sudah tentu sahabat kita itu akan dimasukkan keneraka yang kita tahu akan siksa di dalamnya. Ingatlah sekiranya kita tidak melakukan dakwah dan menyampaikan islam, mereka pula akan berdakwah agama mereka kepada kita. Fenomena ini sudahpun dapat kita lihat dan apakah sekarang tindakan kita dan tindakan kerajaan yang bergelar sebuah negara islam.
Islam tidak dapat dilindungi oleh perlembagaan selama lamanya. Umat islam perlu kembali kepada ajaran islam sebenar. Kekuatan iman setiap individu islam akan menjamin kekuatan masyarakatnya. Sejarah telah membuktikan walaupun umat islam bilangannya sedikit tetapi keimanan setiap orangnya kuat maka kemenangan pasti tercapai. Tidak guna jumlah yang ramai tetapi laksana buih buih dilautan, dihanyutkan mengikut arus, tiada arah tujuan, dihempas tanpa melawan, ditolak hingga ketepi sempadan.
Sesuatu yang paling berharga didunia ini telah kita miliki. Kita tidak pernah kehilangannya cuma kadangkala alpa terhadapnya, islam. Maka bangunlah seperti bangunnya mentari diufuk timur. Bangunkan islam, tegakkan islam, perjuangkan islam dan sebarkan islam. Moga hidup kita dan mati kita dalam islam.
Aku pernah menulis dalam bab dakwah ini; yang paling aku nampak kita rugi adalah saluran TV kita sendiri tak gunakan media TV sebagai dakwah paling berkesan.
BalasPadamCuba bayangkan tiap kali azan asyik tunjuk masjid & orang ambil sembahyang sedangkan azan itu menyeru atak dakwah yang paling bagus jika kita tayangkan gambar-gambar warga asing yang beragama Islam. Agar cina & india seMalaya tertarik memeluk Islam.
Jika sekadar video ikan, laut & ranting kayu ditayangkan ketika azan rasanya kesannya tak sehebat mana. Sebaiknya gambar Michael Jackson ambil air sembahyang ... emmm! dah terlepas atau Datuk Shahrukh Khan tengah sembahyang atau berdoa. Mungkin ada peminat artis yang bukan Islam tertarik nak peluk Islam.
Banyak lagi cara yang boleh kita menarik kaum asing ini mendekati Islam. Cuma perlu kreatiflah sikit.
Salam Dan,
BalasPadamMemang benar. Masalah sekarang rancangan agama pun dah masuk unsur hiburan, rancangan akedamik pun tak terlepas jugak unsur hiburan. Mati dgn hiburan lah kita.