Khamis, Januari 14, 2010

Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 2



Allah akan mendatangkan hidayahnya dan kedatangannya adalah berbagai cara. Bagi Ustaz Shah Kirit perkahwinan merupakan jalan hidayah baginya. Terus terang beliau nyatakan punca beliau bersungguh memeluk agama islam ialah kerana ingin mengahwini perumpuan melayu. Di Malaysia jika perkahwinan berlainan agama adalah dengan agama islam adalah dilarang. Beliau tidak ada pilihan melainkan menukar agamanya.

Ustaz Shah Kirit kurang setuju penggunaan perkataan tukar agama. Ini adalah berdasarkan kepada kejadian asal manusia di mana semua kanak kanak yang dilahirkan di dunia ini adalah lahir dalam fitrah islam. Seseorang itu menjadi nasrani, yahudi , majusi, budha, hindu dan lainnya adalah atas asuhan ibubapanya. Oleh itu beliau lebih suka menggunakan perkataan "revert" daripada "convert" apabila menganut agama islam kerana kembali kepada fitrah asal kelahiran seseorang itu.

Sesuatu yang amat dikesalinya hingga kini ialah pendangan segelintar masyarakat islam terhadap seseorang yang ingin menganut agama islam. Mereka akan mengatakan tujuan masuk islam tu mesti nak kahwin dengan orang melayu. Sindiran begini bukan sahaja daripada kalangan masyarakat biasa malah datangnya daripada golongan agama. Perkara tersebut boleh membantutkan usaha dakwah terhadap agama lain. Beliau mengakui diMalaysia jumlah besar golongan yang masuk islam adalah disebabkan perkahwinan. Ini adalah kerana masyarakat islam tidak melakukan dakwah terhadap orang bukan islam. Lebih teruk lagi sindiran pula dilontarkan.

Apapun kita kena berlapang dada dan mengakui hidayah Allah tidak datang melalui satu jalan. Kalau qada' dan qadarnya begitu, tidak ada salahnya. Yang salah adalah apabila telah islam tidak mahu melaksanakan perintah Allah. Lebih teruk lagi yang telah sejak azalinya hingga hampir penghujung hayat masih menafikan hukum dan undang undang Allah daripada dilaksanakan.......   bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan