Isnin, Disember 28, 2009

Sukar, memang memang sukar menjadi tetamu Allah

Semua kelengkapan telah siap. Semua keperluan telah sedia. Semua perancangan berjalan dgn baik. Anak anak telah dihantar kekampung. Keperluan dan amanah telah diserahkan kpd yg tinggal.

Aku dan isteri memilih beberapa barang untuk kegunaan persekolahan anak anak di TESCO Taiping. Selepas ini kami akan menuju pengurup wang untuk menukar wang RM ke Saudi Rial. Tiba tiba telefon berbunyi: " Encik, saya dr syarikat travel agen xxx, utk pengetahuan encik, kita tak boleh pergi malam esok. Visa masih tak dapat" "Bila pulak boleh pergi" "Tak boleh nak sebut sekarang ni sebab visa masih tak dapat. Encik jgn risau, duit encik kami akan pulangkan semuanya."
Semua barang yg di dalam troli diletakkan kembali. Troli aku tinggalkan di satu sudut. Aku dan isteri keluar dari Tesco. Mood untuk shopping dah hilang entah kemana. Aku sekadar menjeling pengurup wang itu ketika melintas keluar. Wang yang ingin ditukar masih tersimpan didalam poket. Rancangan untuk menunaikan umrah tahun ni rasanya sudah tiada harapan lagi setelah beberapa kali tarikh nya tertunda. Mekah yg kurasakan dah hampir itu, tiba tiba jauh dat diri ini.

Kenyataan kita hanya merancang, Allah yang menentukan semakin diyakini. Sukarnya menjdadi tetamu Allah semakin terbukti. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini. Namun muhasabah terhadap diri perlu dibuat. Mengapa kita tidak terpilih menjadi tetamu Allah. Insyallah perjalanan dan harapan utk menjadi tetamu Mu ya Allah tetap ku teruskan dan tersemat di hati ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan