Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Rabu, Disember 23, 2009
Surau pun nak dibakar.
Kalau dahulu sejahil manapun seseorang islam itu ia marah sekiranya ugamanya islam itu dicaci. Sejahat manapun pencuri itu, ayam yg dicuri itu mesti disembelih dulu sebelum dibunuh utk dimakan. Durhaka manapun seseorang anak tetap marah sekiranya nama ibubapanya dicaci. Walaupun tidak beramal tetapi imannya masih ada. Apa pula yg melanda masyarakt kita hari ini hinggakan keprihatinan terhadap ugama sendiri sudah dilontar jauh kemana.
Subuh tadi di surau, aku ditunjukkan oleh kawan akan beberapa kerusi plastik dibakar ditepi dinding surau. Kejadian berlaku petang kelmarin. Mujurlah api tersebut yg memakan lebih kurang 3 kerusi plastik tersebut tidak menyambar dinding batu surau itu. Api juga boleh memakan cat pada dinding. Nasiblah bukan dinding papan.
Masing masing tertanya siapakah punya angkara. Bangsa asing:tidak mungkin sebab semua penduduk melayu islam. Penagih: belum ada kes ketagihan di desa ku ini. Musuh politik:tidak mungkin sebab walaupun penduduk berlainan parti tetapi bermasyarakat cara profesional. Jemaah boleh dikira menggalakkan juga. Masih menjadi persoalan.
Surau yang menjadi syiar kpd perkembangan islam tidak mendapat perhatian yg sepatutnya masa kini. Apakah tanggapan sesetengah pihak taraf surau sama dgn dewan org ramai? Jika tidak masakan kejadian ini berlaku...jika dulu surau dijadikan juga tempat lepak org golongan pemuda tetapi kehormatannya masih dijaga.
Jika ingin melihat persepakatan sesuatu tempat, lihatlah kemakmuran suraunya. Isu ini perlu dipandang serius demi memelihara kesucian rumah Allah tempat kita mengagungkan Allah yang satu dan menyatukan masyarakat yang ramai.
tak patut, dunia nak kiamat.
BalasPadamSalam YB,
BalasPadamitulah dia dunia akhir zaman.