Isnin, Ogos 26, 2013

Masjid Jamek Sultan Hishamuddin Sabak Bernam

Sebenarnya aku pernah berkunjung ke masjid ini sejak tahun 1992. Ketika itu isteriku ditugaskan mengajar di SMK Ungku Aziz (SUA). Beliau tinggal di Taman Bernam Jaya manakala aku di Serdang. Kadang kala aku singgah berkunjung di Tmn Bernam Jaya ziarah jiran lama. Antaranya ialah Ustaz Sanusi keran rumah kami berkembar dengan rumahnya. Isteri beliau telahpun meninggal dunia beberapa tahun lepas. Atas keramahan dan sikap kuat membantu ketika berjiran membuatkan aku sukar untuk melupakan jasa jasanya itu.
Seiring dengan kemakmuran masjid masjid di seluruh Selangor ketika ini, Masjid ini juga tidak ketinggalan dengan program program mengimarahkan masjid. Keceriaan masjid juga terserlah dengan kebersihan yang terjaga serta beberapa kemudahan yang terpelihara baik.
Bukan aku sahaja tetapi ramai yang bersetuju bahawa sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor memang nampak ketara tentang kemakmuran masjid yang semakin meningkat. Kemana masjidpun kita pergi semuanya penuh dengan program program seperti kuliah agama, khairat dan lain lain. Ini dapat dilihat seperti yang tertera di papan papan kenyataan.

Gambar gambar di atas dapat membuktikan sedikit sebanyak akan bahawa masjid ini ditadbir dengan baik. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat meningkatkan martabat masjid sebagai rumah ibadah kepada penduduk beragama islam di Sabak Bernam.

Rabu, Ogos 21, 2013

Mesir: Puaslah Hati Mereka-TGNA


Kita pun telah banyak mengulas isu Mesir. Penganalisa politik lagi banyak berbicara isu serupa. Para menteri juga bersuara tetapi bak mengulum apa yang nak dikata.

Mari kita lihat kewibawaan seorang pemimpin sejati apabila melontarkan idea dan pandangan. Walaupun sedikit tetapi jelas dan tegas. Tidak hairanlah mengapa beliau dipandang mulia dan hebat oleh pengikut dan penentangnya. Sehinggakan di hari pengundurannya sebagai MB masih mendapat sokongan padu dari ramai orang. Lihat di sini kata katanya tentang Mesir ketika ini.

Rabu, Jun 26, 2013

Masjid Daerah Batu Gajah, Perak

Sekarang penduduk Batu Gajah boleh berbangga setelah masjid baharu telah siap. Masjid baharu ini didirikan di tapak masjid lama setelah masjid lama. Masjid ini mempunyai saiz yang amat besar jika dibandingkan dengan lain lain masjid daerah. Melihat struktur binaanya pun sudah cukup untuk menguja perasaan kita untuk masuk kedalamnya.
Masjid Batu Gajah sering dikunjungi Sultan Perak Sultan Azlan Shah sebab berhampiran dengannya terdapat makam bonda tuanku. Sultan Azlan Shah pernah bersekolah di Batu Gajah. Untuk cerita Batu Gajah lebih lanjut sila ke sini
Masjid dua tingkat ini mempunyai kemasan yang bermutu tinggi. Daripada bahan lantai hingga ke hiasan atasannya sungguh menarik pandangan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ia merupakan sebuah masjid yang tercantik di Negeri Perak.
 
Hiasan dinding yang berwarna warni pada cermin menambah seri masjid ini. Di atas merupakan tangga yang di gunakan untuk naik ke ruang solat.
Pintu dan dinding ruang solat tingkat bawah
Mungkin anda bertanya apa benda yang berselimut dalam gambar di atas. Sesuatu yang menarik masjid ini ialah ia dilengkapi dengan tangga bergerak atau eskelator. Tangga bergerak ini kebiasaannya terdapat pada masjid masjid ulung sahaja. betapa bertuahnya kariah masjid Batu Gajah.
Ketika aku berkunjung ke masjid ini ianya baru beberapa bulan sahaja digunakan. Aku difahamkan eskelator itu hanya beroperasi pada hari jumaat sahaja buat ketika ini. Mungkin setelah dirasmikan ianya akan digunakan sepenuhnya. Itu hanya sekadar telahan sahaja.
Aku pernah duduk diBatu Gajah sekitar 2 tahun. Masjid ini memang aktif dalam sebarang program samada kerja sosial atau majlis ilmunya. Aku masih ingat antara imam masjid ini ialah Imam Kamarudin, Imam Tarmizi dan seorang lagi aku lupa. Dikhabarkan imam tersebut telah meninggal dunia. Beliau selalu memimpin majlis bacaan Yaasin pada malam jumaat. Allahyarham tuan imam tersebut tidak sempat untuk merasa memimpin solat berjemaah maupun berjemaah di masjid baru ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang beriman.


Kubah bahagian dalam masjid

Lekuk garisan tempat jemaah berdiri solat

Ruang solat wanita di sebelah kiri dewan solat.

Ruang belakang dewan solat


Arah masuk ke ruang dewan solat
tingkat bawah
Ruang solat tingkat bawah

Laluan keluar bahagian belakang masjid 
Kawasan letak kereta, masih kelihatan bekas binaan.
Laluan masuk ke kawasan masjid
Parkir sebelah kiri masjid dan sek agama rakyat
3 buah kereta jenazah
Dinding kiri masjid
Mimbar masjid lama masih disimpan.
Dewan Raja Baharom
Ruang legar dewan
Dinding pagar masjid 
Semoga islam berkembang dengan gagahnya di Batu Gajah sebagaimana gahnya masjid yang terbina dengan sokongan kuat Baginda Sulta Perak.


Khamis, Mei 16, 2013

Ramadhan Yang Bakal Tiba

Sumber buku: http://fkee.ump.edu.my/files/Panduan Solat Sunat Tarawih.pdf
Kita telah memasuki bulan Rejab. Selepas itu Syaaban dan Ramadhan akan menyusul. Kita semua berharap semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita agar dapat melaksanakan ibadah ibadah yang dituntut sepanjang Ramadhan. Seharusnya juga perlu disyukuri andaikata usia kita disampaikan oleh Allah ke Ramadhan nanti.

Walaupun ketibaannya agak lama lagi tetapi adalah digalakkan mulai sekarang kita bertekad untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah dan merebut segala peluang yang menjanjikan pahala kepada kita. Justru itu semestinya kita semua mengidamkan malam Lailatul qadar yang ada didalamnya.

Ramadhan dijanjikan pahala yang berlipat samada pahala sunat atau wajib. Bagi meningkatkan amalan sunat dibulan Ramadhan kita perlu melatih diri mulai sekarang. Agak sukar sekiranya sesuatu amalan itu  dilkhususkan di bulan Ramadhan sahaja. Banyakkan juga bertaubat kepada Allah.

Isnin, Mei 06, 2013

Allahyarham Abdul Hamid Bin Ibrahim


Pada 1 May 2013 lebih kurang jam 12:05 am, ibang iparku(abang isteriku) telah kembali kerahmatullah di Hospital Selayang. Arwah yang dimasukkan ke hospital tersebut pada 19 April dan dirawat beberapa hari di wad ICU sebelum dipindahkan ke wad 7A.Ramai ahli keluarga berada disisi arwah ketika saat kesedihan itu. Jenazah dibawa pulang kerumah lebih kurang jam 3.00 am.
Tepat pukul 8.30 am jenazah beliau telah dibawa ke masjid ini, Masjid Al Khairiah Sri Gombak untuk diuruskan. 2 orang calon PRU 13 Gombak Setia sudi menziarahi ketika pengurusan jenazah. Ustaz Hasbullah yang sudah bergelar YB sekarang ini sudi mengimamkan solat jenazah. Mayat arwah disemadikan di perkuburan Taman Permata.
 Ajal maut di tangan tuhan. Kami sekeluarga meredhai pemergiannya. Sesungguhnya apa yang datang daripada Allah itulah yang terbaik buatnya. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang yang beriman.