Jumaat, September 09, 2016

Iklan Bodoh

Image result for iklan lucah
Dulu orang ramai bising pasal iklan yang melampau. Mengiklan produk menggunakan pendekatan lucah. Walaupun tidak menggunakan bahasa lucah secara langsung tetapi maksud disebaliknya amat mudah diterjemahkan. Tidak pasti setakat mana keberkesanan pengiklanan yang tidak beretika itu mempengaruhi pelanggan.

Selain itu ada terdapat juga iklan yang memperbodoh bodohkan pengguna dengan janji janji yang tidak masuk akal. Tanda tanda bohong apabila usaha diperlakukan sedikit tetapi natijahnya terlalu besar. Mana mungkin dengan menyapu sesuatu ke badan boleh menguruskan. Mana mungkin menelan pil sahaja boleh jadi cantik serta merta. Masih hidupkah nenek kebayan zaman moden ini.

Yang paling menyakitkan hati sekarang ini apabila melihat satu iklan qurban di TV. Segolongan manusia berebut rebut untuk mendapatkan peluang berqurban sehingga berlaku kekecohan. Mengapa menggambarkan sesuatu yang bodoh yang sudah pasti keadaan tersebut tidak mungkin berlaku pun. Tunjuklah sedikit yang umat islam ini cerdik. Adakah negara kita kekurangan binatang qurban. Kalaupun untuk mengajak masyarakat berqurban keluar negara, biarlah iklan itu bermutu selari dengan kehidupan masyarakat islam sekarang. Hidup seiring dengan perkembangan teknologi dan perhubungan tanpa sempadan.

Semakin hampir hari raya qurban, maka semakin kerap boleh dilihat iklan tersebut di tv.
























Jumaat, Ogos 19, 2016

Allayarham Mahat (Pak Yek)

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan. Memang benarlah janji Allah. Maka berbahagialah sesiapa roh nya ditempatkan bersama roh roh orang beriman.

Allahyarham Pak Yek telah menghembuskan nafas terakirnya di Hospital Ipoh sebulan lepas iaitu 19/7/2016. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Chemor.  

Sabtu, Ogos 13, 2016

Allahyarham Tamrin

Allahyarham telah meninggal dunia pada 12 Ogos 2016 diHospital Taiping. Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Alor Pongsu, Bagan Serai. Allahyarham adalah sepupu kepada isteriku.

Rabu, Ogos 03, 2016

Allahyarham Jelani Bin Isa (Pak Njang Jelani)

Pak Njang adik kepada bapa mertua ku telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 2016 di rumahnya di Jangka 8, Pahang.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan rohnya ditempatkan bersama roh orang orang beriman.

Rabu, Mei 18, 2016

Allahyarham Ahmad Bin Abdul Manap (Mamak Amat)


Kesedihan pemergian sepupu setahun lalu Allahyarham Irwan Shah masih terasa, semalam bapa arwah pula iaitu pakcik ku pergi dijemput Ilahi bersamaan 17 Mei 2016 pukul 9:30 pm. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman. 

Sesungguhnya ujian kematian adalah ujian kesedihan yang amat berat untuk keluarga yang tinggal. Mengharung hari hari mendatang tanpa orang disayangi, menguji akan kesabaran. Semoga Makcik Jimah dan anak anak tabah akan kehilangan ini. Hari hari sunyi, kekosongan dan kerinduan akan mencengkam. Semoga keredhan dan kesabaran atas ujian Allah ini akan menguatkan keimanan kita bagi meneruskan kehidupan yang berbaki ini.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

 Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan hasil kekayaan, kehilangan jiwa (kematian) dan kekurangan makanan. Dan sampaikanlah Khabar gembira pada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155). 

Al Fatihah.

Selasa, Mei 10, 2016

Desa Ku




Inilah sg bil di desa ku
Walaupun alir mu kian lesu
Namun ada sahabat alam membiru
Ada hijauan pohon kayu
Hingar unggas riuh berlagu
Mengikut irama desiran air mu.
Yang sejuk bagaimana salju
Selimang dan lelan di celah batu
Tengas dan sebarau berenang laju
Mana mungkin anak desa tidak rindu
Walau jauh beribu batu
Untuk bersama main dalam perutmu

Ahad, Mac 27, 2016

Allahyarhamah Zaharah (Uwo Butet)

Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah anaknya di Tanjung Malaim hari ini 26/3/2016 lebih kurang pukul 10:00 am. Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Bil, Slim River. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Slim Village selepas zuhor. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang beriman. Al-Fatihah.

Rabu, Februari 17, 2016

Bangla 1.5

 Kalau makanan mau dikatan dah naik muak. Sebabnya terlalu banyak dah masuk tembolok dan bahasa beradabnya dah jemu. Tetapi kalau manusia entah apa nak diperkatakan, nak katakan meluat tak jugak, nak kata menyampah tak jugak, nak kata rimas tak jugak, mungkin kata beradabnya rasa gusar.
Entah tersampuk apa menteri kita ni tiba tiba nak bawa 1.5 juta pekerja asing masuk ke Malaysia. Besar sangatkah masalah kekurangan pekerja di sini. Kalau zaman Tun Mahathir dulu dia bawa pelabur asing, tapi menteri sorang ni nak bawa pekerja asing.
Bukan sedikit 1.5 juta bagi untuk pekerja asing. Yang telah ada pun berjuta juta. Secara tersuratnya tiada apa keperluan yang mendesak untuk menggajikan mereka di sini. Apa pula yang tersirat itu dibincang di lain bicara.
1.5 juta adalah 5.5% daripada jumlah penduduk Malaysia. Lebih kurang sama dengan penduduk Negeri Pulau Pinang, Kelantan, Pahang. Jika diagihkan ke 14 negeri diMalaysia, setiap negeri akan menerima Bangla angkat seramai 107142 orang. Sekiranya jumlah itu dihantar ke Negeri Perak dan diagihkan ke 11 daerah, maka setiap daerah akan menerima 9740 orang.
Sekiranya 107142 orang Bangla tadi dihantar ke Perlis maka kita akan mendapat pertambahan penduduk meningkat lebih kurang 50%. Pertambahan ini akan membesarkan jurang jantina di Perlis.

Jumaat, Januari 29, 2016

Surau Kampung Sungai Bil Dalam Kenangan - 2


Inilah bentuk surau baru yang sedang didirikan bagi menggantikan surau lama. Alhamdulillah Allah memberikan kemudahan kepada jawatan kuasa pembinaan surau baru apabila salah seorang ahlinya mempunyai kepakaran dalam bidang binaan. Hasil usahanya amat menarik dan disepakati oleh semua ahli kariah. Moga moga ramai lagi anak kampung ini mempunyai kepakaran tertentu agar dapat menyumbang untuk pembangunkan kampung tercinta ini.
Surau lama sudah berlalu, yang tinggal hanya sejarah yang terpahat di lubuk hati penduduk masing masing. Sudah pasti adanya insan yang dilontarkan hidayah di surau lama itu. Adanya insan memohon ampun agar segala dosanya dipadamkan di situ. Ada insan yang dimuliakan Allah di situ. Dan ada juga insan yang dirindui oleh rumah Allah akan kehadirannya di situ.

Ya Allah, kau berilah keberkatan atas surau baru ini. Dengan kelahiran surau baru ini Kau lahirkan rasa cinta kami kepada rumahMU. Satukanlah hati hati kami. Kuatkanlah ukhwah kami. Lipat gandakanlah iman kami. Beri kami kekuatan untuk memaksa diri kami beramal kepada Mu. Curahkanlah kami ilmu yang membawa kami ke syurga mu. Ilmu yang dapat memberi kejayaan kepada kami di dunia dan juga di akhirat.

Semoga surau baru dapat disiapkan dalam masa terdekat ini. Agartercapai impian ahli kariah untuk menyambut Ramadhan tahun ini bersama surau baru yang tersergam indah.

Ahad, Januari 24, 2016

Allahyarhamah Makcik Robak

Seluruh Kampung Sungai Bil dirundung kesedihan dengan pulangnya kerahmatullah Makcik Robak (nama panggilan di kampung) pada pagi 24 Januari 2016. Semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang orang beriman.
Kepada seluruh keluarga arwah didoakan semoga tabah menghadapi saat kesedihan ini sesungguhnya setiap yang datang itu adalah ketentuan Ilahi.

Khamis, Januari 07, 2016

Surau Kampung Sungai Bil Dalam Kenangan - 1


Apabila Ketua Kampung mengumumkan bahawa permohonan pembinaan surau baru telah diluluskan maka bermakna Surau Kampung Sungai Bil akan dirobohkan bagi membolehkan surau baru didirikan di tapak lama tersebut. Surau kayu yang mula mereput dimakan bubuk dan ruang tidak mampu untuk menampung jemaah yang sekali sekala ramai terutamanya musim cuti dan Hari Raya antara alasan untuk memohon tersebut.
Surau yang menjadi lambang kepada penyatuan kariah telah banyak berjasa kepada penduduk kampung. Namun perasaan rela bercampur hiba setiap hati terpaksa dimamah bagi melihat sebuah surau baru yang lebih baik keadaannya.
Tidak dinafikan telah banyak individu berwakaf untuk surau ini. Semuanya telah dimanfaatkan samada dijual ataupun digunakan semula. Semoga Allah akan membalas jasa mereka yang mengimfakkan harta mereka ke rumah Allah ini.  
Allahyarham Zainudin, Allahyarham Zainal Abidin dan Allahyarham Sidek merupakan nama nama penting yang pernah menjadi imam surau ini. Pemergian mereka sukar dicari ganti. Usaha mereka mengimarahkan dan mentadbir surau ini sungguh besar. Kini tanggung jawab tersebut digalas oleh Hj. Badiuzzaman (Anak Allahyarham Zainudin).

Ruang solat muslimat


Ahli kariah sering mendoakan agar projek pembinaan surau baru akan berjalan lancar. Kami mengharapkan surau baru tersebut dapat digunakan pada bulan ramadhan 2016 nanti. Apa pun jawatankuasa pembangunan surau telah memilih kontraktor yang terbaik demi menjamin ianya dapat disiapkan pada waktunya.

Sementara menunggu surau baru disiapkan ahli kariah Kg. Sg. Bil telah mengubahsuai Dewan Orang Ramai bagi dijadikan surau sementara. Dengan perhatian berat oleh Ketua Kampung En. Roslan semuanya berjalan lancar. Kuliah agama dan berbagai program dapat dijalankan di sini.




Semoga dengan siapnya surau baru nanti Allah mendatangkan rahmat dan hidayahnya kepada penduduk Kampung Sungai Bil. Surau akan dapat memainkan peranannya sebagai institusi yang dapat mengerat dan menyatukan penduduk kampung atas tujuan yang satu iaitu hidupku dan matiku kerana Allah walaupun mempunyai fikrah yang berbeza.

Isnin, Januari 04, 2016

Teropong Teropong Akan Meneropong Kembali

Setahun dua kebelakangan aku amat kurang mengemaskini blog ini. Oleh itu agak banyak peristiwa atau catatan hilang luput begitu sahaja. Maklumlah kemorosotan ingatan selari dengan peningkatan usia. Sesekali ada notis masuk mengingatkan ada pengunjung meninggalkan catatan. Ohhh..Teropong Teropong masih hidup. Namun kemalasan menulis masih menghantui..
Fenomena masyarakat sekarang ini sebok melayan WhatsApp dan FB. Kalau dulu sebok menulis tetapi sekarang sebok menyembang. Kebiasaan sembangnya perkara perkara yang tidak penting pun. Maka luputlah masa dengan perkara yang kurang faedahnya.
Kini tahun 2016 aku ingin beralih semula melayan blog ini yang agak lama ditinggalkan. Insyaallah apa yang dicoretkan hari ini akan menjadi renungan kembali di silam hari sekiranya Allah masih meminjamkan nyawa.