Isnin, Februari 28, 2011

Asalkan Aku Islam

Sudah hampir 30 tahun lencana ini aku simpan. Aku pakai ketika menghadiri perhimpunan Malam Mandailing di Ipoh. Tarikhnya seperti yang tercatat. Kalau bangsa Jawa berjumpa mereka kerap mengucapkan perkataan waras, begitu juga mandailing mereka akan mengucapkan perkataan horas. Dahulu orang mandailing di Malaysia mempunyai persatuan yang dinamakan IMAN iaitu Ikatan Mandailing Malaysia. Tidak tahu statusnya sekarang. Nak tahu lebih lanjut lihat di sini, di sini dan di sini dan di sini. Orang mandailing boleh dijumpai dimana mana. Jika di Negeri Sembilai ramai di Jelebu (Jolobu). Jika di Perak di kampung aku Kg Sg Bil (Sunge Bil) dan di Chikus (Chokus) dekat Teluk Intan. Orang mandailing terpecah kepada beberapa marga (kumpulan). Kebiasaan marga mereka ditambah di hujung nama seperti Nasution, Siregar, Lubis, Batubara, Hasibuan dan lain lain.

Aku bukan nak cerita pasal orang mandailing sebab di internet boleh jumpa yang pasalnya lebih terperinci. Cuma sejak kebelakangan ini terlintas pulak di benak sekiranya kita berada dipersimpangan siapakah yang akan kita ikut. Pemimpin berjiwa melayu atau pemimpin berjiwa islam. Jika aku pilih pemimpin berjiwa melayu, belum tentu ia akan mempertahankan islamnya. Jika aku pilih pemimpin berjiwa islam sudah tentu ia sayangkan islam agamanya dan insyaallah ia juga akan sayangkan bangsanya. Lagipun akhirat nanti kita tidak akan ditanya apakah bangsa mu. Walaupun demikian bukan aku tidak cintakah melayu bangsaku namun atas kecintaan itulah aku sering keliru terhadap orang orang yang mengaku memperjuangkan melayu tetapi nilai nilai kemelayuannya semakin nipis.

Apakah layak kita bergelar pejuang melayu sedangkan rambut di kepala anak kita warna kuning. Sinonimnya rambut orang melayu warnanya hitam. Layakkah kita bergelar pemimpin melayu sedangkan tempat di mana ramai orang melayu kita pinggirkan. Layak jugakah kita dipanggil pemimpin melayu jika membenci sama pemimpin melayu lain hanya sekadar ia mendokong parti islam. Jika mulia dan penting sangat melayu itu tetapi janganlah ia mengatasi kepentingan dan kemuliaan islam itu. Aku terpegun dengan kata kata Tuan Guru Nik Aziz baru baru ini:

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,"

Aku bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dalam Islam dan hidup bersyariatkan Islam dan moga Allah mematikan aku juga dalam islam. Aku juga bangga atas bangsaku melayu walaupun kelihatan diserang pelbagai sindrom di kancah kehidupan moden penuh pancaroba. Walaupun aku tidak tulis nama aku sebagai YB Batubara bukan bermakna aku tidak cintakan bangsaku.

Jumaat, Februari 25, 2011

Masjid Tengku Muhd Faiz Petra, Gua Musang

 
 Semasa perjalanan menghala ke Kuala Terengganu aku singgah di sini. Selesai menyempurnakan tanggung jawab dan melonggarkan urat urat yang mula ketat aku meninjau ninjau sekitar masjid. Ini entah kali ke berapa aku singgah di sini. Jika perjalanan dari Simpang Pulai ini lah masjid yang ada dan sesuai untuk musafir.
 Memang gah sungguh masjid ini. Bukan sebab warnanya sama bendera PKR tetapi sudahlah binaannya yang menarik, terletak pula di atas bukit. Boleh dilihat dari dari sayup jauh di sana.
Pandangan tepi masjid
 
 Di ruang belakang terdapat lapangan terbuka untuk hiasan. Nun jauh di sana tu (gambar atas) adalah laluan masuk dari arah belakang masjid.

 Ruangan solat yang luas sungguh dan sungguh selesa. Dari luar hingga ke dalam semua warna biru. Kalau di Terengganu ada Masjid Putih ini pula boleh di panggil Masjid Biru.
Tempat wuduk

Tandas
 Di sini anda di beri peluang untuk membeli saham akhirat. Ada kadar bayaran diletakkan. Nak bayar lebih pun boleh. Tak bayar pun boleh sebab tidak dijaga sepanjang masa. Kalau tandas awam boleh dibayar mengapa tandas masjid tak mau bayar?
Sudah uzur
 Nampak sangant uzurnya tandas ini. Tak sepadan dengan keindahan masjidnya. Kalau ada individu yang tak mau bayar, mungkin disebabkan tak puas hati dengan keadaan tandas tersebut. Secara peribadi aku masih boleh terima keadaan ini sebab tiada sengat di hidung oleh bau yang tak selesa. Tak sampai menahan nafas untuk menyelesaikan hajat. Pihak masjid mungkin boleh tengok keperluan tandas ini. Kalau ada warga asing singgah, malu kita sebagai orang islam yang mementingkan kebersihan dan keindahan. Memang secara kebetulan aku nampak ada sepasang warga asing menaiki motorsikal ketika aku keluar.
Tempat letak kereta
Terdapat juga pangkin untuk beristirehat bersama keluarga sambil menjamu selera bekal yang dibawa.
 

 Ada binaan baru sedang dibina. Tidak pasti untuk apa. Moga ada masa ada usia, ada rezki dan masih boleh berdiri, insyaalah aku akan kembali dan melihat sendiri apakah gerangan yang akan jadi.

Khamis, Februari 17, 2011

Binatang Ancam Pengguna Jalanraya

Bukan sedikit pengguna jalanraya yang mendapat kemalangan disebabkan oleh binatang. Kalau anjing dan kucing memang tak hairan dah, sering menerima nasib malang gara gara cuba berseloroh dengan pemandu dijalanraya. Kalau tak lumat digelek dek tayar paling tidak patah riuk. Kadangkala adalah lebih selamat melanggar binatang binatang tersebut daripada mengelaknya. Elakan yang keterlaluan boleh menyebabkan pemandu terbabas ke gaung. Namun atas dasar sama sama makhluk Allah maka jika boleh elak lebih baik elak dan sama sama selamat.

Kita sedia maklum kalau monyet, babi pula adalah binatang liar yang juga sering mengancam dijalanraya. Walaupun banyak harta musnah akibat berlaga dengan binatang binatang tersebut namun hati tidak sesakit mana sementelah kita memang tahu mereka binatang dan liar pula. Apakan daya kiri kanan jalan pula merupakan habitat binatang binatang tersebut.

Ancaman yang kerap mendatangkan maut kepada pemandu adalah lembu dan kerbau. Untuk meningkatkan keselamatan dijalan raya pemandu pemandu hendaklah lebih berhati hati ketika melintas kawasan ladang kelapa sawit. Ladang kelapa sawit merupakan tempat yang sesuai memelihara lembu. Apa yang menjadi masalah penternak binatang ini meletakkan pemikiran mereka sama taraf dengan pemikiran lembu ternakannya. Maka dibiarkanlah lembu itu hidup melata di ladang yang terbuka. Sesekali lembu akan
melepak dijalan raya terutama ketika lepas waktu hujan bagi mendapatkan haba panas dari jalanraya tersebut. Apabila berlaku kemalangan kebiasaannya tuan punya ternakan tidak akan mengaku yang binatang itu ia punya. Tidak mahu bertanggung jawab dan membayar ganti rugi.

Bukan tiada undang undang tetapi mungkin sukar untuk dilaksanakan. Bayangkan jika lembu lembu itu dirampas, memang ianya boleh dilelong. Sementara menyediakan proces tersebut, siapa dan di mana pula perlu lembu itu di jaga. Sudah sampai masanya perkara ini perlu diambil berat oleh pihak berwajib. Penternak hendaklah memastikan ternakannya tidak terlepas kejalan raya. Setiap ladang ternakan hendaklah memasang  pagar elektrik. Setiap binatang ternakan hendaklah di tag tuan punyanya. Jika tiada tag binatang tersebut boleh dirampas bila bila masa.


.

Selasa, Februari 08, 2011

Pemimpin Buang Tabiat

 
Apakah nilai pemimipin yang kita miliki zaman ini? Amat sudi untuk dilantik sebagai pemimpin malah lebih tepat perumpamaannya seperti Lebih Sudu Daripada Kuah. Yang malangnya buat kita apabila tiada tersemat sekelumit pun di hati mereka untuk mengundurkan diri sekiranya kemampuan atau kewibawaannya dipersoalkan. Malah sekarang ini bukan sekadar dipersoalkan tetapi sudah sampai disuruh, dipaksa, dan lebih dahsyat lagi rakyat yang dipimpin sanggup menggadaikan nyawa demi menuntut pemimpin yang tidak ada maruah tersebut melepaskan jawatannya. Persoalannya bukan lamanya pemimpin itu berkuasa tetapi kebolehan pemimpin itu membawa kesejahteraan kepada rakyatnya. Sekiranya rakyat rasa selesa maka pimpinlah selama mana yang Allah redha atas kamu.

Ada kecenderungan pemimpin zaman moden ini ingin mempusakai jawatan mereka. Kununnya darah kepimpinan pada waris mereka akan dapat menyambung kehebatannya. Bukannya kita tidak faham sesungguhnya tujuan utama mereka adalah bagi menutup setiap salah laku yang dibuat sepanjang pemerintahannya. Jika tiada sanak saudara yang dipilih, sekurang kurangnya jawatan itu akan difaraidkan kepada sahabat yang boleh menjamin keselamatan mereka selepas mengkudai rakyat. Walaupun sebenarnya mereka amat berhajat jawatan yang disandang dilepaskan hanya kepada Malaikat Izrail. Tiada lagi dakwa dakwi bagi mereka didunia selepas itu.

Mereka perlu sedar bahawa tiada pemimpin yang kekal didunia ini. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang meletakkan kuasanya di tangan rakyat. Seperti kata Saidina Umar, "Tegurlah aku kalau aku salah". Bukannya "Bekerjalah bersama saya", ..........walaupun saya buat salah?

Seorang pemimpin yang sangat besar sedang berdiri paling hadapan, yang  mengetuai satu jemaah ketika mengadap Allah sw pun boleh ditegur ketika melakukan kesilapan. Subhanallah. Sekiranya pemimpin yang menjadi imam tidak tahu apa kesilapannya dan masih memimpin dalam solat, maka seorang makmum boleh mengambil alih kedudukan imam tersebut. Yang imam perlulah faham jika ada makmum datang kehadapan bermaksud imam tersebut tidak lagi layak untuk memimpin jemaah maka berundurlah. Keadaan akan menjadi baik dan tanpa celaru. Cuba bayangkan jika imam tersebut tidak mahu berundur dan terus ingin mengepalai jemaah maka akan berlakulah kekecohan. Inilah gambaran pemimpin pemimpin keras kepala tak sedar kediri akan kelemahan diri.

Moga pemimpin pemimpin yang kita pilih adalah dari kalangan mereka yang melihat jawatan dan kepimpinan itu satu tanggung jawab kepada Allah dan satu ibadah bukannya satu saluran untuk membolot kekayaan diri.