Di ruang belakang dewan solat itu terdapat beberapa orang pelajar membaca Al-Quran. Segelintirnya diluar, solat, menelaah dan membaca Quran juga. Ustaz memulakan kuliah hadisnya berkenaan pengurusan tanah terbiar dan wakaf. Seperti lain lain kuliah sebelum ini, kebiasaannya suara ustaz akan dihimpit oleh suara pembaca pembaca Quran di ruang belakang. Sejak dulu aku memang tidak selesa dengan keadaan tersebut. Hendak duduk di depan ustaz agak sukar sebab aku terpaksa kerap melunjurkan kaki untuk menghilangkan rasa kebas. Adalah di kira tidak beradab sekiranya murid duduk menggelisah didepan guru. Murid perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru sambil duduk dengan sopan. Tidak boleh bercakap cakap. Banyak lagi adab dan etika dalam majlis ilmu yang digariskan oleh islam.
Sekali sekala aku memandang kebelakang niat memberi isyarat bahawa suara mereka membaca Al-Quran sedikit mengganggu majlis. Pernah aku menegur sekumpulan pelajar yang bersembang agar menghormati ustaz yang sedang memberi kuliah. Kalau tak mahu mendengar kuliah itu silakan keluar masjid. Entah mengapa malam itu semangat agak kental sedikit.
Sekali lagi aku memandang kebelakang. Kali ini aku mendengar suara berborak diselang seli ketawa kecil menggantikan bacaan Quran mereka. Aku lihat sambil ustaz berkata kata, pandangannya kerap dilemparkan ke arah kumpulan pelajar itu. Aku paham ada tanda tanda kemarahan pada ustaz. Wajah senyuman sudah mulai hilang di wajah nya. Penyampaiannya hingga ke akhir kuliah agak lebih tegas.
Di penghujung majlis meletoplah apa yang ku jangkakan. Ustaz bersuara, " Pelajar pelajar di belakang sana tu tak berminat kah nak dengar apa yang disampaikan . Kalau saya pergi ke mana mana ramai orang datang nak dengar. Kalau kamu tak nak dengar kamu pergi keluar. Tidak baik ganggu orang lain yang nak dengar kuliah". Ustaz menegur sikap beberapa orang pelajar yang tidak memberi tumpuan kepada kuliahnya malah berborak borak hingga mengganggu suasana majlis ilmu.
Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.
Jika ingin pun mambaca quran, maka bacalah di tempat yang terlindung daripada pandangan ustaz yang memberi kuliah. Ini dapat menghindarkan anggapan ustaz yang kuliahnya tidak disukai oleh mereka.
Janganlah berkata kata ketika kuliah yang menyebut ayat al quran atau hadis, kerana ayat al quran itu adalah kata kata Allah dan hadis itu kata kata rasulullah. Maka itu adalah kata kata yang lebih baik daripada yang lainnya.
Aku rasa satu pengajaran besar buat mereka malam itu. Banyak pengajaran lain juga perlu perlu mereka pelajari lagi. Begitu juga dengan yang lain yang tidak mengutamakan kepentingan majlis ilmu. Dan banyak lagi yang perlu di lemparkan oleh ustaz kepada mereka. Mereka kumpulan muda yang masih keliru yang mana lebih penting daripada yang utama.