Daripada geografi politiknya Trong adalah di bawah perlimen Bukit Gantang. Siapa tak tahu Bukit Gantang, ingat kepada MB Perak DS Nizar Jamaludin. Beliau merupakan Ahli Perlimen di sini disamping YB Adun Sungai Panjang. Kerusi perlimen ini diserahkan kepada beliau apabila beliau gagal ditumbangkan dlm PRK baru baru ini.
Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Rabu, Februari 24, 2010
Masjid Al-Rahmaniah, Trong, Taiping
Daripada geografi politiknya Trong adalah di bawah perlimen Bukit Gantang. Siapa tak tahu Bukit Gantang, ingat kepada MB Perak DS Nizar Jamaludin. Beliau merupakan Ahli Perlimen di sini disamping YB Adun Sungai Panjang. Kerusi perlimen ini diserahkan kepada beliau apabila beliau gagal ditumbangkan dlm PRK baru baru ini.
Isnin, Februari 22, 2010
Kalau Aku Seorang Menteri
Kalau ditanyai sekarang apakah karangan terbuka sedemikian yang sesuai, aku akan tulis; Kalau aku seorang menteri. Kita bebas. Kita boleh tulis nak jadi apa pun, waima nak jadi raja pun boleh. Yang tak bolehnya hanya satu iaitu menyekutukan Allah.
Kalau aku seorang menteri, aku mahu jadi menteri perdagangan. Aku akan memastikan rakyat 1 Malaysia tidak lagi merana dengan masalah telur, masalah kelapa, masalah minyak, masalah ayam, masalah gula. Aku akan lantik pelayan pejabat aku memastikan masalah ini tidak menyusahkan rakyat 1 Malaysia. Semua masalah tu masalah kecil kecil belaka, tidak perlu timbalan menteri aku berkata akan masalah itu. Banyak masalah besar yang perlu kami fikirkan. Sama seperti murid darjah satu kencing dalam kelas. Tidak perlu pengarah pendidikan berucap tentang budak kencing itu. Cukup bagi ketua darjah dan penolongnya menyelesaikan masalah tu. Kalau pengarahpun nak cakap jugak maknanya mungkin murid kencing itu anaknya.
Aku suka kawan aku menteri yang jaga komunikasi. Dulu rakyat aku susah nak guna telefon mudahalih. Mahal sangat yurannya. Apabila tiada monopoli dalam industri tersebut maka rakyat 1 Malaysia sekarang mudah memilikinya. Budak tadika pun sudah ada handphone.
Pilihanraya lambat lagi. Namun aku tetap bekerja keras demi memajukan negara aku Malaysia tercinta dan rakyat 1 Malaysia demi kerana Allah. Aku tak kisah samada aku dicalonkan lagi atau dilantik menjadi menteri lagi. Kalau ditawarkan aku tidak keberatan untuk menjadi Perdana Menteri.
Jumaat, Februari 19, 2010
Mengail Ikan Puyu
Menjadi kebiasaan bila cuti agak panjang sedikit seperti adanya perayaan, kami akan pulang ke kampung Masjid Tinggi untuk berkumpul. Rumah yang telah ditinggalkan sekian lama cuma dijengah sekali sekala untuk tidur semalam dua. Mertua yang tinggal bersama ipar di Kemunting sungguh teruja jika kembali kesini umpama kata bidalan, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.
Jika pulang kekampung macam macam aktiviti boleh dilakukan. Yang tua cara tua. Yang muda cara muda. Antara yang menarik sekali ialah memancing ikan puyu. Yang muda pun turut tidak melepaskan peluang ini. Kebetulan parit yang terletak di gigi laman rumah mengandungi beberapa spesis ikan. Antaranya ikan puyu, keli, haruan, sepat dan lain lain.
Ikan puyu merupakan ikan yang paling banyak dan mudah di tangkap. Samada menggunakan pancing, jala atau turun ke parit dan menggagau. Kanak kanak pun boleh mendapat jika memancingnya. Kanak kanak sekecil Hanafi, anak monakan baru 4 tahun sudah mampu memancing ikan puyu sendirian.
Parit ini dipanggil Parit Panchor. Ia dipanggil parit buang sebab air daripada bendang bendang disebelah atas dialirkan ke sini sebelum masuk ke sungai. Pada musim menunggu padi masak parit tersebut cetek disebabkan sawah padi perlu dikeringkan. Selalunya musim menanam pula parit ini akan dipenuhi air. Pada masa tersebut keadaan parit amat merbahaya kepada kanak kanak.
Ikan puyu merupakan ikan yang sangat lasak. Walaupun diletakkan di darat dalam beberapa jam, ikan ini masih mampu hidup. Ianya boleh bergerak menggunakan sirip dan sisiknya yang keras untuk mencari lopak air. Spesis ikan puyu ini hidup berkumpulan dan oleh sebab itu ia mudah diperolehi dengan banyak.
Dalam masyarakat melayu terdapat satu kepercayaan di mana ikan puyu boleh menjadi penghalang ilmu pukau kepada isirumah. Itu sebabnya terdapat segelintir masyarakat memelihara ikan ini dalam akuarium selain menjadi ikan hiasan. Oleh kerana sifatnya yang tahan lasak ia tidak perlukan pam oksijen untuk memeliharanya.
Itu dia anakku Hilman bersama 2 orang sepupunya pulang membawa rezki untuk santapan tengahari. Ikan ikan itu kata mereka perlu dimasak goreng berlada. Ada juga permintaan supaya dimasak kari. Apapun terpulanglah kepada tukang masaknya.
Ikan puyu melompat-lompat,
Lompat mari sawah padi;
Macam mana muka tak pucat,
Baru demam pagi tadi.
Sehingga entry ini ditulis, alhamdulillah mereka tak demam. Maklumlah kulit naik hitam akibat sekerat hari terkena simbahan terik matahari.Lompat mari sawah padi;
Macam mana muka tak pucat,
Baru demam pagi tadi.
Jumaat, Februari 12, 2010
Buta Hati
Nabi Muhammad yang buta huruf dengan senang hati mengaku beliau tidak tahu membaca. Ada satu nilai kejujuran ditunjukkan untuk umatnya. Betapa sukarnya umat sekarang untuk mengaku akan kelemahan diri sendiri. Walaupun setiap kelemahan itu boleh di atasi dengan pelbagai cara. Tiada sebab berasa malu akan kelemahan diri selagi hati masih suci dan bersih.
Kalau sudah buta hati, sudah tidak nampak nikmat. Kekayaan dan kemewahan yang diperolehi dirasakan tidak cukup. Umpama kantung yang bocor. Tidak pernah memikirkan hak orang. Segala khazanah akan dipulun sedayanya. Selagi ada kuasa dan upaya ditonggang demi memenuhi tembolok diri. najis yang keluar dihamburkan untuk yang meminta. Harta dilonggok untuk menandingi qorun.
Kalau sudah buta hati segala tindakan berlandaskan desakan hawa nafsu. Tidak kenal halal dan haram. Negara orang takluk untuk jajahan sendiri. Negeri orang dirampas untuk mentadbir sendiri. Harta milik orang dikatakan milik sendiri. Kebebasan orang dikongkong sesuka hati.
Apakah aku daripada golongan ini. Apakah aku saudara kepada golongan ini. Apakah aku penyokong kuat golongan ini. Apakah aku kawan golongan ini. Apakah aku beriman seperti imannya orang buta hati. Maka kembalilah, kembalilah bersama orang orang yang lurus jalan hidupnya sebelum nyawa sampai ke kerongkong
Rabu, Februari 10, 2010
Lembu Ancam Pemandu

Sampai sekarang ancaman binatang peliharaan terhadap pemandu kenderaan masih belum ada penghujungnya. Aku pernah melanggar sekumpulan lembu yang lepak diatas jalan. Kejadian berlaku di Bandar Baru Bangi (BBB) tahun 90 an. Kalau kata langgar lembu di BBB sekarang semua orang tak percaya. Nak tengok lembu pun susah inikan pula nak jumpa taik lembu. Ketika itu waktu malam dan lepas waktu hujan. Selepas mengambil selekoh tiba tiba pandangan aku gelap, rupa rupanya pancaran lampu kereta tenggelam di badan badan lembu yang kebanyakannya keturunan afrika dan sawo matang. Sepantas kilat kaki menekan brek. Namun kereta tak mahu berhenti malah terus menggelongsor di atas jalan disebabkan jalan licin. Apa lagi, kereta terus mencium lembu lembu tersebut dengan rakusnya.
Aku tidak pasti berapa ekor yang kena disondol. Yang aku pasti tidak kurang 4 ekor berdasarkan kerosakan pada kenderaan. Seekor kena sebelah kanan menyebabkan cermin sisi kanan patah. Seekor kena sebelah kiri menyebabkan cermin sisi kiri patah. Seokor terpelanting ke atas dan jatuh betul betul di atas bonet depan menyebabkan kerosakan teruk. Yang aku tak boleh lupa seekor daripadanya melambung ke atas bumbung dan jatuh di sebelah pintu belakang sebelah kiri. Bumbung dan pintu tersebut kemek. Aku menggerakkan kereta dan berhenti jauh daripada tempat kejadian. Manalah tahu tetiba geng dia nak balas dendam marah dan sondol aku pulak. Kereta masih boleh dipandu sebab radiator tak pecah. Walaupun lampu dah tak menyala aku teruskan perjalanan sebab rumah dah tak jauh.

Sesampai di rumah kereta dah bau lembu. Aku pula ngeri mengingatkan lembu yang melambung ke atas bumbung. Kalau melambung ke arah cermin dan masuk kedalam kereta dan menghimpap aku....rasanya lama dah hijrahnya. Arwah sepupu aku mati kena langgar ketika melintas jalan. Ia melambung kedalam kereta dan jatuh atas pangkuan pemandu tersebut.
Marilah kita beralah di jalan raya jikalau melihat sebarang binatang ada di tepi jalan. Nak tunggu undang undang mengawal perkara ini aku rasa sukar. Sebabnya sekiranya lembu lembu itu ditangkap maka mana ada lokap nak kurung lembu lembu itu. Kalau ada kandangpun siapa nak bagi makan, nak cuci taik lembu, nak jadi bidan kalau lembu tu nak beranak. Semua perkara tersebut perlu diambil pertimbangan sebelum tibanya hari perbicaraan. Kebiasaannya tuan lembu tidak mengaku lembu yang ditangkap tersebut lembu beliau. Dia pun celik mahkamah jugak. Caranya kalau nak siasat, cari tuan dia kata kita dah langgar lembu dia dan nak bayar ganti rugi. Tentu dia mengaku. Lepas tu repot pada polis.
Kita pun tahu walupun lembu tu ada otak tapi dia tak boleh fikir. Fungsinya cuma fikir nak cari makan saja. Cuma kita letak harapan pada tuan lembu tu aja supaya dia fikir keselamatan orang ketika memelihara lembu. Kalau dia juga fikir cuma nak cari makan tanpa fikir masalah orang maka otak dia tu sama taraf dengan otak lembu. Kita tak boleh buat apa apa cuma boleh korbankan dan akikahkan jer dia macam lembu tu.
Ahad, Februari 07, 2010
Masjid At-Toyyibin, Taman Bidara, Selayang
Semalam berkunjung ke rumah abang ipar di Sri Gombak. Bertolak dari Seri Iskandar Perak pukul 8 am. Sebelum terus ke rumahnya aku singgah di masjid ini. Pergi jenguk Mydin sebentar sebab ada sesuatu ingin dibeli untuk anak anak.
Masjid ni agak sederhana nampaknya tetapi menarik untuk dicontohi oleh mana mana masjid. Ruang yang sekadarnya digunakan untuk menyediakan perkhidmatan bergunting rambut. Biar orang muslim yang menguruskan kepala kita.(lihat n3 di bawah ni)
Ada juga disediakan sekolah agama untuk kemudahan penduduk berdekatan. Mudahnya mereka.
Masjid ni agak sederhana nampaknya tetapi menarik untuk dicontohi oleh mana mana masjid. Ruang yang sekadarnya digunakan untuk menyediakan perkhidmatan bergunting rambut. Biar orang muslim yang menguruskan kepala kita.(lihat n3 di bawah ni)
Ada juga disediakan sekolah agama untuk kemudahan penduduk berdekatan. Mudahnya mereka.
Aku jenguk kedalam masjid ada ustaz sedang bagi kuliah. Masjid kecil tapi memainkan peranan besar kepada jemaahnya.
Khamis, Februari 04, 2010
Rambut

Macam macam orang buat dengan rambut. Kalau dulu orang barat amat tertarik dengan rambut hitam. Orang berkulit hitam biasanya rambut hitam. Orang berkulit putih biasanya berambut perang seperti bulu jagung. Tapi kalau orang berkulit hitam sudah berambut perang, sensor mata akan jumpa satu isyarat dengan gangguan, istilah teknikal kata distortion. Sistem di kepala payah nak terima.
Rambut di kepala boleh menghasilkan pahala. Tidak adil mengatakan punca rambut ramai orang masuk neraka. Dalam rukun haji ada tahallul. Tahallul itu bergunting atau bercukur rambut. Bagi yang botak, cukup dengan syarat sahaja dengan melalukan pisau cukur di kepala. Perempuan disyaratkan bergunting sahaja. Jangan terlalu mengejar pahala habis rambut dicukur. Itu sudah seperti seorang artis wanita yang bercukur botak sebab mengejar glamour.

Mari kita lihat di mana kita bergunting rambut. Siapa yang gunting rambut kita. Dalam kepala kita banyak ayat quran yang kita hafal. Selekeh lekeh orang islam surah alfatihah dan tiga qul ada dalam kepala. Bagaimana pula kalau taraf Al-Hafiz, mufti, imam imam, ulamak. Kepada siapa kita hulur kepala kita untuk bergunting. Layakkah orang bukan islam yang tangannya menyuap daging khinzir kemulut memegang kepala orang islam, lebih lebih lagi orang yang hafal quran. Itukah sebabnya kita payah untuk menghafal atau hafalan kian luput.
Bagi wanita pula sebaiknya biarlah orang islam yang menggunting rambut kita. Sesungguhnya penjagaan aurat wanita terhadap lelaki sama juga terhadap wanita bukan islam. Memang isu ini kecil. Jangan pandang kecilnya kesalahan yang kita buat, tetapi pandang kepada Siapa kesalahan itu kita buat.

Sudah menjadi kecendurungan ramai orang bergunting dengan orang berlainan jantina. Rambut wanita tukang guntingnya lelaki. Rambut lelaki pula digunting oleh wanita. Sistem kehidupan sudah semakin celaru.
Rabu, Februari 03, 2010
Kepala

Semua orang ada kepala. Di kepala ada rambut. Rambut akan panjang seiring dengan masa. Ada orang menganggap rambut mahkota diri. Lantara itu ia perlu di dandan rapi. Ada orang suka rambut pendek, katanya mudah diurus dan nampak kemas. Ada orang suka rambut panjang katanya menampilkan identiti. Setengah pula kata mengikut sunah, memang ada benarnya walaupun sesungguhnya Rasulullah hanya sekali berambut panjang.
Apa pun prinsip diri, rambut memang perlu dipotong. Siapa pula potong rambut kita. Kita belanjakan duit untuk perkara itu jadi kita mempunyai kuasa memilih siapa yang berhak gunting rambut kita. Kalau dahulu kerjaya tukang gunting bukan jadi pilihan. Cuma seseorang yang mempunyai kemahiran semula jadi sahaja akan berkecimpung dalam kerjaya tersebut. Sekarang manusia sudah nampak adanya kekayaan di celah celah rambut. Maka wujudlah saloon di merata tempat.

Bagi orang melayu kepala amat mulia berbanding lain lain anggota. Yang lain boleh disentuh (selain anu tu) tetapi kepala jangan. Pergaduhan boleh tercetus akibatnya. Kalau mahu menghina orang akan selalu guna kepala. Timbullah kepala batu, keras kepala dan terbaru kita lihat kepala babi dilontar ke dalam masjid. Mereka tak lontar organ kaki atau ekor babi. Golongan ini memang patut dipisahkan kepala dari badannya. Satu kumpulan lagi mereka menghina dengan mengusung kepala lembu. Kalau dah otak tidak bekerja dikepala maka jadilah kepala itu macam kepala lembu yang diusung.

Dalam kepala ada otak. Otak diguna untuk berfikir soal dunia dan akhirat. Maka tidaklah sempurna fikiran orang yang mengarahkan otaknya berfikir soal dunia sahaja atau akhirat sahaja. Carilah rezki seolah olah kita akan mati seribu tahun lagi. Itulah dunia. Beramallah seolah olah kita akan mati esoknya. Itulah akhirat. Peganglah kedua duanya insyaallah selamat dunia dan akhirat. Orang yang mengejar satu asahaja daripadanya adalah orang yang gagal. Samada ia gagal didunia atau gagal di akhirat atau lebih dasyat lagi akan gagal didunia dan diakhirat. Itulah orang yang otaknya letak di kepala tetapi di kepala lutut.
Selasa, Februari 02, 2010
Pengunjung Ke 1000
Dulu aku hanya suka baca blog, orang kata pembaca senyap. Blog sulong yang dah lama aku ikut ialah blog kawan ku Idan sebab nak tahu perkembangan tempat kerja lama dan kawan lama. Selepas aku diperkenalkan pula oleh kawan tentang blog PDKM ini aku mula mengomen ngomen. Kadang kala ada sesuatu yang ingin dicoretkan, ada idea ingin diutarakan, ada pengalaman yang ingin dikongsikan, ada amarah yang ingin dihamburkan dan ada kepingin menambah rakan dan di sini lah bermulanya aku memblog.
Isnin, Februari 01, 2010
Masjid Jamek Kampong Sungai Tinggi, Trong Perak
Antara masjid yang aku kerap singgah ketika pulang ke Bagan Serai.
Sebelum meninggalkan masjid lebih jauh sempat snap satu gambar
Langgan:
Catatan (Atom)